Wednesday, September 24, 2008

Snippets

blogtunm.blogspot.com Tun M 
SHAHIDAN PENASIHAT NCER

Laporan Utusan Malaysia semalam (Sept 23, 2008) amat menggembirakan saya. Sahabat saya Dato Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis yang gagal menjadi Menteri Besar walaupun Perlis di antara negeri yang menang dalam pilihanraya 2008 telah dilantik oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia untuk menjadi penasihat dan pembantu beliau dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Orang yang busuk hati mungkin menyangka perlantikan ini adalah sebagai cara untuk Abdullah mendapat sokongan ahli Majlis Tertinggi ini supaya dia tidak sokong tuntutan beberapa ahli lain supaya Abdullah berhenti sebelum mesyuarat bahagian.

Kalau saya tidak salah apabila sahaja tokoh tertinggi parti UMNO ternampak mungkin akan menimbul masalah kepada Abdullah, tokoh berkenaan akan dilantik ke jawatan tertentu atau jika tidak ada jawatan dilantik sebagai penasihat kepada YAB Perdana Menteri. Yang bernasib baik akan diberi taraf Menteri. Selepas itu senyap sunyi.

Apakah ini satu jenis rasuah, wallahua’lam.

Dengan begitu banyak penasihat amat menghairankan kenapa tidakan Perdana Menteri Abdullah tidak begitu bijak. Mungkinkah ini disebabkan adanya penasihat bertaraf Menteri pun tetapi tidak ada suara. Ikatan kekeluargaan antara penasihat dan yang dinasihati mungkin lebih utama daripada yang tidak ada ikatan kekeluargaan, wallahua’lam.

p/s Saya juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

Adalah dijangka ramai lagi yang akan dilantik ke jawatan-jawatan tertentu atau jawatan yang diwujudkan khusus.

Yang belum sokong sila percepatkan sokongan. Masih banyak jawatan yang kosong atau dicipta khusus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendaftaran Keahlian PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Deklarasi Rakyat - Citizens Declaration
Part 2/3 Majlis Bicara Negara Bersama Tun M di Hotel Tower Regency, Ipoh

Tun M diserbu rakyat tadi di Suria KLCC

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, March 13, 2016