Friday, June 27, 2014

BERANI MATI

1. Orang Melayu sekarang sudah sanggup bunuh diri untuk ke syurga. Bukan sahaja itu, tetapi mereka juga sanggup bunuh orang Islam lain kerana kelainan politik atau ideologi. Kita belum dengar ulama Malaysia memberi pendapat atau membuat fatwa berkenaan dengan perbuatan seperti ini. Jika pendapat berkenaan bunuh diri, bunuh saudara seagama akan dapat balasan syurga, mungkin ramai lagi orang Melayu yang akan melilit bom dibadan dan meletupkannya supaya dapat membunuh ramai orang Islam lain yang tidak dikenali dan tidak bermusuh dengan mereka. Diantara yang terbunuh ialah kanak-kanak, orang tua, wanita dan OKU. Kebanyakkan mereka ini orang perempuan bukan askar dan tidak bersenjata.

2. Saya cuba cari dalam Al Quran arahan supaya orang Islam boleh bunuh diri, boleh bunuh orang Islam lain. Orang yang dibunuh ini tidak menyerang negara kita dan rakyat kita. Kita tidak berada dalam keadaan tidak selamat kerana serangan oleh orang Islam yang tidak sebulu dengan kita.

3. Al Quran menyuruh kita damaikan antara dua orang Islam jika mereka bermusuh. Jika mana-mana pihak menolak kedamaian barulah boleh pihak ketiga memihak kepada pihak yang menerima kedamaian.

4. Tetapi tidak ada firman Tuhan yang menyuruh kita meningkatkan permusuhan dengan memihak kepada mana-mana pihak.

5. Sesungguhnya Allah s.w.t. berkali-kali menyatakan tidak suka mereka yang mencetuskan huru-hara.

6. Mungkin ada hadis yang menyuruh kita bermusuh sesama Islam. Tetapi saya belum jumpa. Jauh sekali dari menjadi syahid dengan membunuh diri untuk membunuh orang Islam lain. Saya cuma ingin tahu pendapat ulama di Malaysia berkenaan syurga yang menanti merekasebagai pejuang Islam ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019