Tuesday, June 23, 2015

RACIAL EQUALITY

1. “Foreign Affairs” is an American magazine. It is highly respected in America but it is not my favourite magazine.

2. Recently while flying I came across its latest edition. Its theme in the issue is on race and colour and on how they affect relations between people. I became interested because I felt sure the magazine would have nothing good to say about Malaysia.

3. There is an article on colour-blindness in America – meaning to say that all Americans of whatever colour are equal. Apparently the equality between people of different colours has not produced good results. What it really means is that everything, including opportunities must be based on merit.

4. Sure there is a black man sitting in the Presidential chair in the White House. There was once a black general as Chief of the armed forces of America and as Secretary of State. And there has been and there are presently blacks holding high office in Washington.

5. But the fact remains that most of the blacks are poor, are constantly involved in drugs and crimes. Despite the blacks making up just about 10% of the population, the percentage of blacks in prison is nearly 50%. The per capita income of the blacks are well below the national average.

6. Being equal with the whites has not benefitted the blacks much. No mention is made of the deliberate killings of blacks by the police, who then escape indictment.

7. As I expected the magazines included a study of Malaysia’s record on race relations. It admitted that despite the affirmative action under the New Economic Policy, Malaysia’s economy performed better than most other developing countries. The races seem to be living in relative harmony. There were no serious racial clashes.

8. The affirmative action under the NEP seem to have reduced the disparity in wealth distribution between the indigenous Malays and the Chinese. There is mention of the bumiputra’s owning only 2 per cent of the countries wealth before NEP and their wealth has now increased to 19%. The disparity is still there but is much reduced. (In America Joseph Stiglitz writes that the disparity between rich and poor has reached a dangerous level).

9. India and South Africa have also tried affirmative action. But their results are not as good as in Malaysia.

10. It would seem that Malaysia has done a better job of building a more equitable multiracial society than most multiracial countries including the US. The policy of equality of treatment i.e. meritocracy has not yielded tangible results.

11. The magazine Foreign Affairs seems to admit that Malaysia’s affirmative action has merit. Like the reversal of the opinion on Malaysia’s fixed exchange rate policy, there now seem to be a reversal of condemnation of our affirmative action, at least by the Foreign Affairs magazine. Other foreign media simply copy the biased reports made a long time ago without trying to investigate the realities regarding Malaysia’s management of race relations and development of its economy.

VERSI BAHASA MALAYSIA
1. “Foreign Affairs” adalah sebuah majalah Amerika. Ia sangat dihormati di Amerika tetapi ianya tidaklah majalah kegemaran saya.

2. Baru-baru ini semasa saya dalam penerbangan saya terjumpa edisi terbaru Majalah ini. Tema dalam isu ini adalah kaum dan warna dan bagaimana mereka mempengaruhi hubungan antara manusia. Saya tertarik kerana saya merasakan pasti Majalah ini tidak mempunyai sebarang yang baik untuk dikatakan mengenai Malaysia.

3. Terdapat satu artikel mengenai buta warna (colour blindness) di Amerika – maknanya semua orang Amerika apa jua warnanya adalah sama. Rupa-rupanya kesaksamaan di antara orang yang berlainan warna tidak membawa kepada penghasilan yang baik. Makna sebenarnya ialah segala-galanya, termasuk peluang, mestilah berdasarkan merit.

4. Pasti pun ada seorang lelaki hitam duduk di kerusi Presiden di White House. Pada suatu masa ada seorang jeneral hitam memegang jawatan Ketua angkatan tentera Amerika dan sebagai Setiausaha Negara. Dan terdapat pada masa ini orang kulit hitam yang memegang jawatan-jawatan tinggi di Washington.

5. Tetapi pada hakikatnya, kebanyakan orang kulit hitam miskin, sentiasa terlibat dengan dadah dan jenayah. Walaupun kulit hitam merupai hanya kira-kira 10% daripada penduduk, peratusan orang kulit hitam di penjara adalah hampir 50%. Pendapatan per kapita orang kulit hitam adalah jauh di bawah purata kebangsaan.

6. Mempunyai taraf yang sama dengan orang kulit putih tidak memberi manfaat yang banyak kepada orang kulit hitam. Tidak disebut pula pembunuhan orang kulit hitam yang disengajakan oleh pihak polis, yang kemudiannya terlepas dakwaan.

7. Seperti yang saya jangkakan Majalah ini memasukkan kajian rekod Malaysia mengenai hubungan kaum. Ia mengakui bahawa walaupun terdapat tindakan afirmatif di bawah Dasar Ekonomi Baru, ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kebanyakan negara-negara membangun yang lain. Kaum-Kaum hidup dalam harmoni yang relatif. Tiada pergaduhan kaum yang serius.

8. Tindakan afirmatif di bawah DEB seolah-olah telah mengurangkan jurang perbezaan dalam pengagihan kekayaan antara orang Melayu asli dan orang Cina. Ada disebut juga bahawa Bumiputra memiliki hanya 2 peratus kekayaan negara sebelum DEB dan kekayaan mereka kini telah meningkat kepada 19%. Perbezaan itu masih ada tetapi berkurangan. (Di Amerika Joseph Stiglitz menulis bahawa jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin telah mencapai tahap yang berbahaya).

9. India dan Afrika Selatan juga telah mencuba tindakan afirmatif. Tetapi hasilnya tidak sebaik seperti di Malaysia.

10. Nampaknya Malaysia lebih berjaya dalam membina masyarakat berbilang kaum yang lebih saksama daripada kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang lain termasuk Amerika Syarikat. Dasar kesamarataan layanan iaitu meritokrasi tidak membuahkan hasil yang ketara.

11. Majalah Foreign Affairs seolah mengakui bahawa tindakan afirmatif Malaysia mempunyai merit. Sepertimana terdapat perubahan pendapat mengenai dasar kadar pertukaran tetap Malaysia, kini terdapat juga perubahan kutukan mengenai tindakan afirmatif kita, sekurang-kurangnya oleh Majalah Foreign Affairs. Media asing lain hanya menyalin laporan berat sebelah yang dibuat lama dahulu tanpa cuba untuk menyiasat realiti mengenai pengurusan hubungan kaum Malaysia dan pembangunan ekonominya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendaftaran Keahlian PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Deklarasi Rakyat - Citizens Declaration
Part 2/3 Majlis Bicara Negara Bersama Tun M di Hotel Tower Regency, Ipoh

Tun M diserbu rakyat tadi di Suria KLCC

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, March 13, 2016