Monday, June 15, 2015

MORE INVESTMENTS BY 1MDB

MORE INVESTMENTS BY 1MDB (1Malaysia Development Berhad)

1. 1MDB entered into a JV with Petro Saudi. It is not a Saudi Government company. 1MDB paid USD 1billlion as its 40% share of the JV. As far as can be ascertained Petro Saudi did not pay a single cent.

2. Then Petro Saudi is said to have bought the assets of Petro Saudi International, which is not owned by Petro Saudi. The JV between 1MDB and Petro Saudi then requested 1MDB to pay USD 700 million to settle the loan from Petro Saudi International to Petro Saudi.

3. The ownership of the oil fields in Argentina and Kazakhstan (or is it Turkmenistan) is not very clear, nor is the ownership of drilling ships.

4. Then suddenly USD 300 million of the payment by 1MDB is converted to a Murabaha loan. This USD 300 million seemed to have changed hands with lightning speed. We really don’t know where it is. And 1MDB will not tell us either.

5. Then there is the story of the investment in Cayman Islands. 1MDB did not invest directly but the money seems to have gone to Hong Kong companies owned by Jho Low. These companies apparently invested in Cayman Islands.

6. Then we are told by the Prime Minister that actually the fund is only recorded in Cayman Islands. The money is elsewhere, probably in Hong Kong. It is apparently invested in a hedge fund in Hong Kong.

7. When there was public uproar over the money being in Cayman Islands 1MDB agreed to bring it back. Although the money was said not to be in Cayman Islands, but the money was brought back from Cayman Islands in two tranches.

8. We are not told much about the first tranch. It was claimed to have been used to pay debts.

9. Then the second tranch with over 1 billion USD was brought back but not to Malaysia. It was brought back to Singapore and was deposited in a Swiss Bank.

10. Arul Kanda said he saw the cash there and Prime Minister said the money was there. It was not brought back because Bank Negara would ask too many questions. But Bank Negara must get the approval of the Minister according to the law for approving or disapproving any transaction. And the Minister is the effective head of 1MDB. So what is so difficult about getting Bank Negara’s approval?

11. Then the true reason came out. The Swiss Bank said no money had been deposited by 1MDB in the bank. The documents presented were false.

12. Then the Prime Minister amended his reply to Parliament stating that no money was brought back – only documents. What documents?

13. The second Minister of Finance now says it is “units”. Units of what?

14. 1MDB and the Prime Minister have not shown proof of the existence of the money from Cayman Islands. Is it in Singapore or has USD 1 billion dollars disappeared?

15. Statements without documentary proof are, as we have seen, quite useless. We need proof of all the investments and payments made by the 1MDB. But no proof has been shown accept for the acquisition of the power plants and purchase of Government land in Kuala Lumpur and private land in Penang. Until signed documentary proofs and not just statements by the Chief Executive Officer or Prime Minister, are shown, we have to assume that the money borrowed by 1MDB has disappeared.


VERSI BAHASA MELAYU
Terjemahan: More Investments by 1MDB

1. 1MDB memeterai suatu usaha sama (JV) dengan Petro Saudi. Ianya bukan sebuah syarikat kepunyaan Kerajaan Saudi. 1MDB membayar USD 1 billion sebagai saham 40% nya dalam syarikat usaha sama ini. Setakat mana yang dapat dipastikan Petro Saudi tidak membayar satu sen pun.

2. Kemudiannya Petro Saudi dikatakan telah membeli aset Petro Saudi International, yang tidak dimiliki oleh Petro Saudi. JV antara 1MDB dan Petro Saudi kemudiannya meminta 1MDB membayar USD 700 juta untuk menyelesaikan pinjaman daripada Petro Saudi International kepada Petro Saudi.

3. Pemilikan telaga minyak di Argentina dan Kazakhstan (atau adakah ianya Turkmenistan) tidak begitu jelas, dan begitu juga pemilikan kapal penggerudian.

4. Kemudian tiba-tiba USD 300 juta bayaran oleh 1MDB itu ditukar kepada pinjaman Murabaha. USD 300 juta ini seolah-olah telah bertukar tangan dengan kelajuan kilat. Kita benar-benar tidak tahu di mana ianya berada. Dan 1MDB tidak akan memberitahu kita juga.

5. Kemudian ada pula kisah pelaburan di Kepulauan Cayman. 1MDB tidak melabur secara langsung tetapi wang itu kononnya telah dipindahkan kepada syarikat-syarikat Hong Kong kepunyaan Jho Low. Syarikat-syarikat ini kemudian melaburnya di Kepulauan Cayman.

6. Kemudian kita diberitahu oleh Perdana Menteri bahawa sebenarnya dana ini hanya direkodkan sahaja di Kepulauan Cayman. Wang ini sebenarnya berada di tempat lain, mungkinnya di Hong Kong. Besar kemungkinan ianya dilabur dalam dana lindung nilai (hedge fund) di Hong Kong.

7. Apabila berlaku kegemparan awam ke atas wang yang berada di Kepulauan Cayman itu 1MDB bersetuju untuk membawanya pulang. Walaupun wang dikatakan sebenarnya tidak berada di Kepulauan Cayman, tetapi wang itu tetap dibawa balik dari Kepulauan Cayman dalam dua tranche.

8. Kita tidak diberi banyak maklumat tentang tranche pertama. Telah didakwa ianya digunakan untuk membayar hutang.

9. Kemudian tranche yang kedua dengan nilai lebih daripada 1 bilion USD telah di bawa pulang tetapi tidak terus ke Malaysia. Ia telah dibawa ke Singapura dan telah disimpan di suatu bank Swiss.

10. Arul Kanda berkata dia telah melihat wang tunai di sana dan Perdana Menteri pun berkata demikian juga. Ia tidak dibawa pulang terus ke Malaysia kerana Bank Negara akan bertanya terlalu banyak soalan. Tetapi Bank Negara perlu mendapatkan kelulusan Menteri, menurut undang-undang, untuk meluluskan atau tidak meluluskan sebarang transaksi. Dan Menteri pada hakikatnya adalah juga ketua 1MDB. Jadi apa yang begitu menyukarkan untuk mendapat kelulusan Bank Negara?

11. Kemudian sebab sebenar muncul. Swiss Bank berkata tiada wang yang telah didepositkan oleh 1MDB di bank itu. Dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah palsu.

12. Kemudian Perdana Menteri meminda jawapannya kepada Parlimen dengan menyatakan bahawa tiada wang telah dikembalikan – hanya dokumen. Dokumen apa?

13. Menteri Kedua Kewangan kini berkata ia adalah “unit”. Unit apa?

14. 1MDB dan Perdana Menteri tidak menunjukkan bukti kewujudan wang dari Kepulauan Cayman. Adakah berada di Singapura atau USD 1 bilion dolar lesap?

15. Penyata tanpa bukti dokumentari, bagaimana kita lihat, tidak berguna. Kita perlu bukti kesemua pelaburan dan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB. Tetapi tiada bukti telah ditunjukkan kecuali untuk pengambilalihan loji-loji janakuasa dan pembelian tanah Kerajaan di Kuala Lumpur dan tanah persendirian di Pulau Pinang. Sehingga bukti dokumentari yang ditandatangani dan bukan hanya kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Perdana Menteri ditunjukkan, kita boleh menganggap bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah lesap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019