Friday, March 24, 2023

KENYATAAN UMNO

blogtunm.blogspot.com Tun M 
Di antara ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO ialah;

1. UMNO turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.

2. Justeru menggesa Kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

3. Perlembagaan UMNO menyebut 3.3 ………. membela Kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

4. Tetapi sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenar.

5. Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.

6. Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.

7. Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO. Atau apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya.

8. Wahai ahli UMNO, Sedarlah. UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi. Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019