Thursday, March 23, 2023

KIT SIANG

blogtunm.blogspot.com Tun M 
Mahathir Mohamad 
1. Kit Siang memberi nasihat terakhir kepada saya.

2. Ya. Memang pun saya mengumum kegagalan Wawasan 2020.

3. Tetapi ia bukan kegagalan saya. Tidak ada bukti kegagalan Wawasan 2020 sehingga saya letak jawatan pada 2003.

4. Apabila sahaja Tun Abdullah dan Dato Seri Najib ambil alih kepimpinan negara, mereka ketepikan dasar dan cara yang diterokai oleh saya.

5. Sebaliknya, Abdullah batal projek keretapi, jambatan bengkok dan projek expressway walaupun beliau telah janji akan teruskan projek-projek ini. Dasar dan cara yang saya perkenal semasa saya jadi Perdana Menteri juga digugur.

6. Yang diutamakan ialah projek anak dan menantu. Di tingkat empat terdapat beberapa anak muda yang mempengaruhi dasar dan projek. Wang Ehsan Terengganu diguna untuk mendiri hotel, taman masjid, perlumbaan perahu layar dan jambatan Rakyat tolak dasar dan pentadbiran Abdullah dan dalam PRU pada tahun 2008, pencapaian Kerajaan Abdullah begitu buruk sehingga lima buah negeri ditawan oleh parti lawan.

7. Pada 2009 Abdullah letak jawatan dan Najib Razak dilantik menjadi Perdana Menteri.

8. Sepertimana Abdullah tidak tumpu kepada pelaksanaan Wawasan 2020, Najib juga tidak berusaha untuk jayakan wawasan berkenaan. Sebaliknya Najib pinjam berbillion Ringgit untuk beli stesyen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.

9. Lepas itu Najib terlibat dengan bermacam jenayah. Tidak ada sedikit pun usaha untuk jayakan Wawasan 2020.

10. Kegagalan Wawasan 2020 disebabkan oleh Abdullah dan Najib. Mereka tidak langsung cuba membangunkan negara dari 2004 hingga 2020.

11. Bahasa Malaysia ialah Bahasa Melayu, iaitu bahasa penduduk asal tanah Melayu. Kita tidak berjaya mencapai matlamat yang pertama kerana ramai rakyat Malaysia tidak bertutur kata dalam bahasa Kebangsaan bahkan mereka utamakan bahasa bukan Kebangsaan.

12. Sebab itu cabaran pertama untuk menubuhkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu tidak tercapai. Dalam perkara ini Kit Siang sendiri yang tidak berusaha supaya semua bangsa Malaysia bertutur kata dalam bahasa Kebangsaan yang sama.

13. Kit Siang perlu nasihat dirinya sendiri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019