blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Datuk Seri Anwar kata dia telah isytihar harta.
2. Saya juga telah isytihar harta beberapa kali semasa jadi Perdana Menteri dan ini juga pengetahuan umum.
3. Saya juga tidak ada masalah isytihar harta kerana tidak ada apa yang perlu saya sorok.
4. Yang jadi masalah ialah Anwar telah beberapa kali tuduh saya salah guna kedudukan semasa saya jadi Perdana Menteri untuk kayakan diri saya dan keluarga saya.
5. Saya juga dituduh memiliki wang berbilion ringgit, kapal terbang dan kapal. Kononnya semua orang tahu.
6. Saya kata tunjuk bukti saya salah guna kuasa untuk kayakan diri dan keluarga dan kalau tidak saya akan ambil tindakan mahkamah.
7. Saya telah ambil tindakan mahkamah dan sehingga hari ini dia tidak pernah tunjuk bukti selain ke sana ke mari buat tuduhan terhadap saya.
8. Sebaliknya, dia minta saya tunjuk bukti harta saya. Dia yang tuduh saya dan dia minta saya pula tunjuk bukti.
9. Maka saya ulang sekali lagi, tunjuklah bukti yang saya salah guna kuasa untuk kayakan diri saya dan keluarga.
10. Setakat cakap di atas pentas politik tanpa ada bukti ini siapa pun boleh buat. Mereka ini digelar “mat retorik”.