blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Berkait kenyataan saya bahawa saya tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air, saya ingin jelaskan bahawa keputusan ini kerana saya ingin tumpu kepada Proklamasi Orang Melayu.
2. Saya merasa bahawa jika saya bergerak di atas landasan parti politik, ada orang Melayu dari parti politik yang lain tidak begitu selesa untuk menyokong proklamasi tersebut.
3. Proklamasi ini bertujuan menyatu orang Melayu melangkaui garis politik.
4. Ini bermakna orang Melayu yang juga ahli UMNO, Parti Keadilan Rakyat dan Amanah serta juga segelintir yang ada di dalam DAP, jika berkongsi kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi ini akan turut menandatanganinya.
5. Apabila orang Melayu dapat bersatu dan bersetuju dengan kesedaran yang ditimbul oleh Proklamasi, maka ia menjadi tanggungjawab setiap parti yang berlandas perjuangan Melayu.
6. Sama ada saya akan bergiat di atas landasan politik selepas ini bukan sesuatu yang perlu saya fikir ketika ini.
7. Yang penting ialah mendapatkan sokongan orang Melayu untuk Proklamasi ini.
8. Jadi tidak timbul saya mengetepi mana-mana parti politik Melayu yang wujud.
9. Orang Melayu akan kehilangan segala-galanya jika kita tidak ada kesedaran dan kesemua parti-parti dan kumpulan-kumpulan yang memperjuang kepentingan orang Melayu tidak bersatu.
10. Oleh itu sokonglah dan tanda tangan Proklamasi ini.