Friday, August 4, 2023

KEBEBASAN – FREEDOM

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Pada mulanya kebebasan diterima baik oleh masyarakat manusia.

2. Ia mencerminkan keprihatinan dan keadilan manusia yang bertamadun. Kebebasan bersuara, kebebasan media cetak dan radio memang hak semua rakyat. Maka pihak Kerajaan pun akan ketahui pendapat rakyat dan tuntutan mereka.

3. Tetapi sekarang ini di Barat kebebasan sudah melarat sehingga bermakna hak untuk amal apa sahaja yang didorong oleh nafsu seseorang. Segala yang ditentukan oleh budaya bangsa umpamanya boleh ditolak jika ia menyekat kebebasan seseorang.

4. Sekarang nilai dan cara hidup sesuatu bangsa boleh diketepikan jika ia menghalang kehendak seseorang.

5. Demikian jika budaya melarang mencarut, menyekat kebebasan, larangan ini boleh ditolak dan individu atau puak boleh mencarut. Kenapa tidak? Apa salahnya?

6. Dari sini Barat sudah sampai ke susunan kekeluargaan. Kenapa perlu berkahwin jika ingin mendiri keluarga. Duduk bersama sahajalah mengikut kehendak. Jika ingin berpisah, jika ingin bersama pasangan lain laku sahajalah. Yang tertinggal boleh cari pasangan lain. Apa masalahnya. Tidurlah dengan siapa sahaja – satu, dua atau lebih mengikut yang disukai. Itulah makna kebebasan.

7. Hubungan seks bukan untuk dapat anak. Seks untuk seronok-seronok sahaja, dengan siapa pun boleh, kenal atau tidak, remaja atau dewasa, sekali atau berkali-kali.

8. Di satu negara barat ibu tidak boleh paksa anak, tidak boleh suruh sembahyang umpamanya. Ibu dan bapa boleh dipenjara jika “mencabul hak asasi anak”. Apa dianya “hak asasi”. Tafsirannya amat luas.

9. Kemudian timbul larangan-larangan hubungan seks antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Sekali lagi soalan apa salahnya, hanya untuk keseronokan, untuk memuas nafsu. Apa makna bebas jika kehendak nafsu disekat, diharam.

10. Ya. Jika lelaki suka (cinta) sesama lelaki apa salahnya jika mereka berkahwin. Demikian juga wanita yang cinta wanita. Mereka juga berhak berkahwin dan mendiri keluarga.

11. Pasangan lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita tidak mungkin mendapat anak. Itu tidak mengapa. Adakan seks dengan wanita atau lelaki lain supaya hamil dan dapat anak. Anak diluar nikah dihalalkan. Tidak haram lagi.

12. Dan anak pun membesar dalam keluarga tidak ada emak atau tidak ada bapa. Tidak mengapa. Itu budaya sejagat.

13. Dulu ada pakaian Kebangsaan. Sekarang identiti bangsa tidak perlu dikaitkan dengan pakaian. Pakaian boleh mengikut apa sahaja, mengikut suka hati. Dan kadang-kadang pakaian tidak senonoh, mendedah aurat sesuka hati.

14. Kita harap orang yang beragama Islam dapat menolak kebebasan yang keterlaluan. Budaya kita hendaklah berpandu kepada ajaran Islam.

15. Tetapi sudah lihat anak muda berdemonstrasi dengan mendakwa tiada siapa yang boleh larang LGBT. Konon hanya Tuhan sahaja yang boleh larang.

16. Dari mana datang pendapat ini. Bilakah Tuhan membenar LGBT?

17. Demikianlah hasutan dari Barat.

18. Kita tidak boleh pandang ringan masalah keruntuhan akhlak.

19. Jangan fikir ia terjadi hanya di barat.

20. Tanda-tanda menunjuk ia sudah sampai ke sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019