Friday, March 27, 2009

KENAPA SAYA TIDAK HADIR

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

Saturday, March 21, 2009

PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Perhatian rakyat Malaysia terutama orang Melayu ialah kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku dalam UMNO. Samada mereka ahli atau bukan ahli mereka tahu UMNO memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka, dalam maju mundurnya Negara mereka.

2. Apa yang mereka lihat sehingga kini tidak menyenangkan hati mereka akan keupayaan UMNO dikekalkan.

3. UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya.

4. Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan
kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna.

5. Sekarang Abdullah berjanji akan letak jawatan pada hujung bulan ini dan Dato Seri Najib Razak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Apakah Najib akan dapat memulihkan UMNO sehingga jadi kuat semula? Ini menjadi satu tanda tanya.

6. Apa yang berlaku dalam proses pemilihan kepimpinan tidak menjadi petanda yang baik. Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri.

7. Sepatutnya pemilihan pemimpin yang baru akan meyakinkan rakyat yang UMNO bersedia untuk membasmi gejala rasuah. Tetapi yang berlaku menunjuk yang UMNO tidak mempedulikan pemulihan parti dan pencapaian kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Yang diutamakan ialah untuk menjadi pemimpin UMNO dengan apa cara sekalipun. Harapan mereka jika jadi pemimpin UMNO akan dapat jadi Menteri dan dapat kontrak dan lain-lain nikmat untuk diri sendiri.

8. Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu peluang pertama untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan. Peluang kedua untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal
yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk.

9. Sekarang datang pula peranan para wakil untuk memulih imej parti dengan menolak calon yang dikenali mengguna wang untuk undi calon. Jika mereka tolak calon-calon ini, mereka akan sedikit sebanyak memulih imej parti dan kemungkinan parti akan menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

10. Tetapi oleh kerana keputusan Tribunal membolehkan calon-calon yang diketahui korup bertanding, perwakilan mungkin akan pilih mereka ini untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Apabila ini berlaku imej parti akan jadi lebih buruk dan besar kemungkinan parti akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam
Kerajaan.

13. Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya.

14. Ahli-ahli UMNO harus ingat tidak ada gunanya menjadi pemimpin UMNO, menjadi Presiden UMNO pun jika BN kalah dan tidak dapat tubuh Kerajaan.

15. Orang Melayu akan kutuk mereka yang telah hancurkan UMNO kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara.

Friday, March 20, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic – not on how clever you are in making decisions or explaining things.

14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.

Monday, March 16, 2009

THE INTERNATIONAL CRIMINAL COURT

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. The International Criminal Court has issued a warrant of arrest for Omar Hassan Ahmad Al-Bashir, the sitting President of Sudan.

2. The ICC admits that this is the first warrant of arrest ever issued for a sitting Head of State of the ICC.

3. The alleged crime of President Al-Bashir is that he is “suspected” of having co-ordinated the design and implementation of the counter-insurgency campaign or alternatively it is also found that there are reasonable grounds to believe that he was in control of all branches of the “apparatus” of the State of Sudan and use such control to secure the implementation of the counter-insurgency campaign.

Friday, March 13, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu. 

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan. 

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa. 

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan. 

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) – satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

Wednesday, March 11, 2009

FLIP FLOP LAGI

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Kerajaan setelah kaji dengan mendalam memutuskan penjual ikan mesti berhenti mengguna tong-tong aneka jenis tetapi sebaliknya mengguna tong plastik buatan sebuah syarikat tertentu.

2. Keputusan ini bukan kerana kepentingan sesiapa hanya untuk lebih cantik dan canggih. Pelawat asing akan kagum kerana tong ikan kita begitu hebat.

3. Malang sekali, penjual ikan tidak paham. Mereka membantah.

4. Kerana begitu prihatin Kerajaan batalkan sahaja arahan untuk guna tong canggih.

5. Ramai yang berkata mereka terdengar FLOP selepas bunyi FLIP.

6. Kita tunggu perletakan jawatan tertentu.

Tuesday, March 10, 2009

RASUAH UMNO 2

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Di waktu mesyuarat bahagian-bahagian UMNO diadakan untuk mencalon calon-calon bagi Majlis Tertinggi UMNO, pengerusi Lembaga Disiplin (Tengku Ahmad Rithaudeen) telah menyatakan yang beliau telah terima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan.

2. Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.

3. Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.

4. Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?

5. Sekarang kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di Mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti. Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah?

6. Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?

7. Wakil-wakil boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.

8. Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO dan pemilihan yang akan dilakukan.

9. Jika pada Mac 2008 ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli UMNO yang kecewa telah undi parti lawan, jika mereka lihat UMNO sudah diambil-alih oleh perasuah, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan sekali lagi undi parti lawan.

10. Ingatlah undi ahli-ahli UMNO atau BN sahaja tidak mencukupi. Undi orang yang bukan ahli, walaupun sedikit boleh menentukan siapa menang dan siapa kalah.

11. Kali ini perwakilan terima wang sogokan. Tetapi apabila UMNO dan Barisan Nasional kalah, tidak jadi Kerajaan, bukan sahaja tidak ada lagi peluang tetapi apa yang ada pada perwakilan pun akan tercicir.

12. Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah.

Monday, March 9, 2009

SOUND BITES (SNIPPETS)

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya berada di Argentina baru-baru ini. Negara ini mendapat namanya daripada “argent” atau perak. Jika pengembara Melayu yang sampai ke wilayah ini sebelum orang Sepanyol, mungkin Argentina mendapat nama “Perak” kerana negara ini benar-benar mempunyai banyak logam perak. Terdapat banyak barang kraf mereka yang diperbuat daripada perak.

2. Argentina sembilan kali lebih besar daripada Malaysia. Pada satu masa dahulu Argentina menjadi Negara yang ke-enam terkaya di dunia. Kawasan tanah rata “pampas” beratus ribu kilometer persegi. Rumput tumbuh dengan sendirinya di kawasan ini.

3. Orang Argentina hanya perlu lepas lembu di kawasan ini dan lembu akan membiak dan membesar tanpa perlu diberi makanan selain daripada rumput yang sedia ada. Apabila tiba masanya penternak hanya dikehendaki tangkap lembu dan jual. Inilah punca kekayaan orang Argentina dahulu.

4. Tetapi sekarang Eropah dan Amerika Syarikat yang menjadi pasar lembu Argentina, sudah ternak lembu sendiri. Pasar sudah hilang dan Argentina tidak kaya lagi.

5. Saya difahamkan bahawa petani Argentina dikenakan cukai yang amat tinggi, 35 peratus daripada keluaran ladang diambil oleh Kerajaan. Selepas itu cukai 30 peratus dikenakan ke atas keuntungan.

6. Jika cukai seperti ini dikenakan kepada peladang Malaysia, apakah reaksi yang akan kita lihat?

7. Tetapi tak mengapa. Jika Kerajaan kita umumkan cukai setinggi ini, besok ia boleh dikaji semula. Alhamdulillah. Inilah kelebihan kita.

Thursday, March 5, 2009

FINANCIAL CRISIS AND BAILOUTS

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. I was in England recently and the newspapers were full of dismal reports on bank and business failures, the closure of well-known businesses like Woolworths and Baratt, the increases of unemployment rate with some 700,000 professionals among the 2 million laid off or unable to get jobs. And there were lots more bad news.

2. The British Government is busy bailing out banks and companies with hundreds of billions of pounds but the economy seemed to have gone into recession despite all these efforts. There is no sign that the crisis is on the mend.

3. Malaysia can feel vindicated because all the things we did in the 1997 – 98, crisis, which were condemned by the economists of Europe and America, are now being done by them blatantly and on a massive scale. They talk about trillions of dollars and hundreds of billions of pounds in bailouts. Where the money is coming from is not revealed. Have they been keeping these huge sums for such an emergency?

4. I am not a financier or even an economist. But somehow I think the bailouts are not going to work although they worked in our case.

5. This is because the banks and businesses we bailed out did not get into trouble because they abused the systems or indulged in fraud. They were forced into that situation because the currency was devalued by currency traders and they found themselves unable to meet their commitments. Once they gained access to funds through bailouts they were able to do business again and to repay the money they had received.

6. They were able to do this because, although Malaysia was in recession, the rest of the world was not. There was much less constraint in doing business.

7. The situation today is very different.

8. The collapse of the economies of the rich countries is due to extensive abuses of the financial and monetary systems so much so that the systems broke down completely. I doubt (not being an expert I can only doubt) that the trillions of dollars to bail out the failed banks and financial institutions will enable them or their economies to recover.

9. This is because their huge losses were due to fraud and they cannot recover the billions they had lost through ordinary business, i.e. through the financing of the production of goods and services. Only through doing the same things that had brought them down, i.e. through sub-prime loans, through investments in derivatives and hedge funds, through massive loans to currency traders etc. can they make the billions to return the money they had received through bailouts. Obviously they cannot be allowed to indulge in their old abuses. Through ordinary business it would take years and years to recover the money they had lost. In the meantime all these banks, financial institutions and businesses will belong to the bailor, the Government, i.e. they have effectively been nationalised. And that will spell the end of capitalism and the free market.

10. It should be noted that the East Asian countries have not yet recovered from the 1997 – 98 crisis. Their currencies have not regained their strength to the pre-crisis levels. They have all become poorer, or at least not as rich as they could be had there been no financial crisis.

11. It will be the same with the rich countries. Their GDP and per capita pre-crisis will not be restored despite the trillions they are spending on their bailouts. They are poorer now and will remain relatively poor even after they have put their houses in order.

12. I may be wrong of course. Maybe by more trillions of dollars of bailouts the rich would achieve recovery. But I have my doubts.

13. Unfortunately the poor countries will also become poorer.

Sunday, March 1, 2009

KEPERIHATINAN

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Rakyat yang selalu mengguna jalan tol akan berasa lega kerana kenaikan tol yang diumumkan oleh Menteri Kabinet yang bertanggungjawab, Datuk Seri Mohd Zin akan dikaji semula oleh Kabinet.

2. Perdana Menteri telah mengarahkan Kabinet mengkaji semula kenaikan tol kerana “Apa yang dibincangkan dan diputuskan itu dibuat dua tiga minggu lalu dan sejak itu keadaan ekonomi menjadi bertambah buruk”.

3. Apa gamaknya yang telah jadi kepada ekonomi Negara dalam jangka masa tiga minggu. Biasanya sebelum keputusan dibuat oleh Kabinet, maklumat berkenaan aliran ekonomi diberi oleh pakar-pakar untuk jangkasama yang agak panjang, sudah tentu lebih dari tiga minggu. Apakah pakar-pakar ini telah tergesa-gesa lari ke Perdana Menteri tiga minggu selepas keputusan dibuat oleh Kabinet untuk memaklumkan ekonomi merosot begitu teruk dan tol tidak boleh dinaikkan. Apakah mereka menjelaskan bahawa kajian semula tol akan membaikkan keadaan ekonomi. Atau apakah Perdana Menteri membawa perkara ini ke Kabinet dengan data yang cukup tentang keburukan ekonomi sebelum mengumumkan tol perlu dikaji semula. Atau apakah kenaikan ini tidak bijak dibuat semasa beliau masih Perdana Menteri. Tunggu orang lain naik jadi Perdana Menteri dan terpaksa menaikkan tol.

4. Atau apakah ini satu lagi manifestasi “flip-flop” Abdullah? Mungkinkah perletakan jawatan juga perlu dikaji dengan lebih mendalam apabila masanya hampir tiba. Ekonomi yang amat teruk boleh juga jadi satu alasan. Dapatkah ekonomi negara dipulih tanpa Dato Seri Abdullah?

5. Apa pandangan Tingkat Empat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019