Sunday, May 31, 2009

GAZA

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Saya berada di London pada bulan Mac bagi menghadiri forum berkenaan dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh tentera Israel.

2. Forum ini diadakan bersama oleh Kementerian Luar Negeri dan KLFCW atau Yayasan Kuala Lumpur untuk menjadikan perang sebagai jenayah. Kementerian diketuai oleh Dato Seri Rais Yatim, yang semasa itu menjawat Menteri Luar Negeri sementara saya sebagai presiden kehormat KLFCW.

3. Peserta yang menyampaikan ucapan terdiri daripada adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, Tony Benn, Bekas Menteri Kerajaan Buruh Britain, Rabbi Cohen dari satu mazhab Hebrew dan Sir Gerald Kaufman, Ahli Parlimen British Zionis keturunan Yaudi dan Duta Besar Palestine ke Britain.

4. Kesemua mereka mengutuk Israel kerana serangan dan keganasan ke atas Gaza. Rabbi Cohen mempertikaikan kewujudan Israel sebagai sebuah Negara Yahudi. Mazhab yang dipimpin olehnya menegaskan sementara Zionisme hanya berusia seratus tahun, agama Hebrew berada lebih daripada dua ribu tahun. Dan agama Hebrew tidak mengizinkan orang Yahudi memiliki negaranya sendiri.

5. Sementara Sir Gerald Kaufman yang mendakwa dia adalah seorang Zionis yang menyokong penubuhan Israel tetapi dia berpendapat Israel sudah langgar sempadannya dengan menubuh bandar-bandar kecil Yahudi dalam Wilayah Palestine dan menyerang dengan amat tidak berperikemanusiaan Wilayah Palestine. Beliau menentang keras dan mengutuk serangan ke atas Gaza.

6. Di antara yang hadir dan membuat soalan terdapat juga orang Yahudi Zionis yang tidak bersetuju dengan cara-cara Kerajaan Israel.

7. Saya telah berbual dengan beberapa orang Arab dan saya dapati mereka tidak mempunyai matlamat atau strategi bagi melawan musuh mereka. Yang mereka utamakan ialah untuk membalas dendam. Tidak ada perancangan untuk menawan balik wilayah mereka. Tidak ada kata sepakat antara kumpulan-kumpulan mereka. Sebaliknya mereka bermusuh sesama sendiri dan ini memberi peluang bagi Israel dan Amerika Syarikat melaga-lagakan mereka.

8. Negara-negara Arab lain tidak berminat untuk membantu rakyat Palestine. Ternampak masalah Palestine ini akan berterusan.

9. Saya telah cadangkan supaya diwujudkan sebuah negara di mana orang Arab Palestine dan orang Yahudi menjadi rakyat bersama seperti yang terdapat sebelum Israel ditubuh.

10. Pendapat umum daripada perbahasan ialah Israel tidak boleh dihapuskan. Ia sudah jadi satu kenyataan (fact) yang tidak lagi boleh diubah barang sedikit pun.

11. Walaupun forum tidak berjaya mencetuskan idea untuk menyelesaikan masalah Palestine, tetapi peserta semua bersetuju yang ianya dapat mendedahkan keganasan Israel di Gaza supaya propaganda Israel tidak lagi boleh diterima.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019