blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Kita sudah lama tidak mendengar laporan berkenaan Bosnia Herzegovina (BiH). Pada satu ketika nasib orang Bosniak, iaitu orang Islam Bosnia, yang mengalami penghapusan etnik oleh orang Serb amat menyayat hati kita.
1. Kita sudah lama tidak mendengar laporan berkenaan Bosnia Herzegovina (BiH). Pada satu ketika nasib orang Bosniak, iaitu orang Islam Bosnia, yang mengalami penghapusan etnik oleh orang Serb amat menyayat hati kita.
2. Kita telah beri sedikit bantuan yang amat dihargai oleh orang Bosniak. Mereka anggap orang Malaysia sebagai sahabat karib mereka. Ramai juga yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dan mereka memegang jawatan penting dalam Kerajaan BiH, termasuk Duta Besar Bosnia ke Malaysia.
3. Orang Bosniak adalah orang bangsa Eropah dan bukan orang keturunan Turki. Di Eropah hanya orang Albania dan Bosniak sahaja yang beragama Islam. Mereka memandang tinggi terhadap Malaysia.
4. Jumaat lepas (Mei 8), Mufti Bosnia, Mustafa Ceric bersama dengan rombongan kecil telah jumpa dengan saya. Antara yang datang ialah seorang pengusaha bernama Faruk Serbegovic, arkitek yang telah bangunkan sebuah Halal Business Park. Beliau ingin mendapat co-developer dan pelabur dalam industry makanan halal untuk Business Park Bosnia.
5. Bosnia Herzegovina mempunyai kedudukan istimewa dalam Kesatuan Eropah (EU). Walaupun belum diterima sebagai ahli EU, barangan keluaran BiH boleh masuk EU tanpa cukai. BiH juga menjadi pusat untuk dagangan dengan Negara-negara bekas Soviet Union, Turki dan Negara-negara Timur Tengah.
6. Saya berpendapat projek Halal Park ini berpotensi untuk pengusaha Malaysia dalam bidang makanan halal melabur di dalamnya.
7. Jika ada sesiapa yang berminat sila berhubung dengan saya supaya dapat saya uruskan.