Friday, May 15, 2009

PERDAGANGAN MATAWANG

blogtunm.blogspot.com Tun M 
(Ini adalah rencana bersiri mengenai aliran semasa yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di dalam blog ini pada April 28, 2009)

1. Perdagangan matawang merupakan satu lagi penyumbang palsu kepada kemewahan negara-negara kaya. Perniagaan ini sekali lagi melibatkan wang yang tidak wujud. Bank akan pinjamkan sehingga 30 kali jumlah wang pelabur yang dipegang pedagang. Sekali lagi pinjaman diujudkan oleh wang rekaan bank. Begitu juga dengan wang pelabur jika ianya dipinjam dari bank.

2. Pinjaman yang besar oleh pedagang matawang membolehkan mereka memanipulasikan pasaran; menolak naik atau turun nilai matawang. Apabila nilai matawang bertukar peniaga mengaut untung. Kerana peniaga matawang mengawal beribu billion dollar, keuntungan mereka amatlah besar, dan begitu juga dengan dividen yang dibayar kepada pelabur.

3. Perniagaan matawang dianggarkan 20 kali lebih besar daripada jumlah keseluruhan perdagangan dunia. Pulangan ke atas setiap dolar yang dilaburkan akan lebih tinggi berbanding dividen daripada pengeluaran dan perdagangan barangan dan pemberian perkhidmatan. Dengan itu pelabur dan peniaga akan mendapat perolehan yang lebih tinggi daripada jangkaan sekiranya mereka melabur hanya modal yang ada pada mereka.

4. Individu tidak boleh pinjam 30 kali ganda wang yang mereka miliki untuk dilabur. Tetapi peniaga matawang boleh. Demikian kecenderungan pelabur untuk melabur melalui pedagang matawang.

5. Perniagaan matawang bukanlah untuk melabur dalam perniagaan atau perdagangan. Ianya diperjudikan ke atas kenaikan atau kemerosotan sesuatu matawang. Walau apa sekalipu jadi pada matawang (naik atau turun), penjudi (peniaga) akan untung. Kerana untung adalah daripada pelaburan lebih 30 kali ganda duit pelabur, kedua-dua peniaga dan pelabur akan mengaut untung yang jauh lebih tinggi daripada pelaburan dengan jumlah modal asal.

6. Keuntungan yang diperoleh peniaga dan pelabur ini akan dengan satu cara atau lain dimasukkan di dalam perkiraan KDNK dan pendapatan per kapita negara. Dengan itu angka-angka petunjuk ini menjadi begitu tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019