Wednesday, May 20, 2009

DANA LINDUNG NILAI

blogtunm.blogspot.com Tun M 
(Ini adalah rencana bersiri mengenai aliran semasa yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana asal di dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di dalam blog ini pada Mei 4, 2009)

1. Perniagaan yang dilakukan oleh dana lindung nilai (hedge funds) adalah lebih kompleks. Tetapi mereka juga boleh meminjam dari bank sehingga 30 kali ganda nilai wang pelabur yang mereka pegang. Dengan itu mereka mampu memberi keuntungan kepada pelabur hasil dari melabur 30 kali ganda dari wang yang dilaburkan. Selepas membayar faedah kepada bank dan komisyen pengurusan, pulangan kepada pelabur dari 30 kali ganda pelaburannya tentulah amat besar – jauh lebih besar jika pelabur sendiri melakukan pelaburan secara terus dengan modalnya sahaja.

2. Adalah dianggarkan 8,000 dana lindung nilai (hedge funds) menguruskan sejumlah 620 ribu billion dollar (620,000,000,000,000 dollar Amerika). Begitulah permainan mereka sehingga pelabur diyakinkan dengan keuntungan besar. Cara mereka melakukan pelaburan kerapkali diselubungi rahsia. Pusat kewangan bebas cukai luar negeri (offshore) kerap digunakan dimana mereka tidak perlu menyerahkan akaun mengenai perniagaan mereka yang meragukan.

3. Negara-negara miskin tidak begitu terlibat didalam perniagaan yang meragukan ini dan petunjuk-petunjuk ekonomi mereka adalah lebih tepat.

4. Krisis masakini terjadi kerana kebenaran yang tidak terhad yang diberikan kepada bank-bank untuk mencipta lebih banyak wang dan memberi pinjaman dan wang ciptaan ini. Walaupun mereka mengambil insurans perlindungan dan sebagainya, namun kerugian begitu besar sehingga tidak dapat ditangani dan disembunyikan walaupun oleh pihak bank dan/atau pemerintah.

5. Sebagai contoh, apabila mereka melabur 30 kali ganda dari wang yang telah dilaburkan kepada mereka, maka bila kerugian berlaku ia akan menjadi 30 kali ganda juga. Mereka masih perlu membayar balik pinjaman yang besar yang telah mereka dapati dari bank. Sudah pasti mereka tidak akan mampu melakukannya. Wang yang dilaburkan kepada mereka tidak akan mencukupi. Mereka akan meruntun turun bank-bank bersama mereka.

6. Walaupun kesannya kurang terhadap negara-negara miskin, namun krisis sebegini masih boleh memiskinkan mereka. Ini disebabkan negara rakan dagang yang dahulu mampu membeli barangan eksport negara miskin sekarang sudah tidak mampu lagi.

7. Amerika Syarikat dan negara-negara kaya yang lain sedang cuba mengembalikan kekayaan mereka dahulu dengan mengeluarkan ribuan juta dollar untuk menyelamatkan (bail-outs) syarikat-syarikat dan bank mereka. Dunia harus sedar ribuan billion dollar ini tidak datang dari cukai dan lain-lain pendapatan yang dikutip oleh Kerajaan. Ianya dicipta.

8. Malangnya, usaha menyelamatkan (bail-outs) dengan wang yang dicipta tidak akan dapat menjayakan usaha menghidupkan bank-bank dan perniagaan-perniagaan yang telah gagal. Ini kerana mereka tidak akan dapat menebus diri mereka menerusi perniagaan yang biasa dan halal kerana pendapatan dari punca ini tentu terlalu kecil. Mereka cuma boleh berjaya jika mereka dapat melakukan perniagaan yang meragukan dan tersembunyi. Tetapi, jika mereka melakukan yang ini, satu lagi krisis yang mungkin lebih teruk dari yang berlaku masakini akan terjadi.

9. Kerana kita telah membenarkan sekumpulan orang yang tamak menyalahgunakan system yang ada, dana lindung atau “hedge fund” telah dicipta oleh mereka yang diberi hak pinjam sehingga 30 kali ganda modal mereka. Apabila pelaburan mereka gagal maka kerugian yang besar yang dialami oleh mereka turut menyumbang kepada krisis kewangan dan ekonomi yang kita hadapi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019