Friday, December 18, 2009

PERSIDANGAN “MUSLIM UNITY”

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Minggu ini kita amat sibuk dengan persidangan. Pada hari Isnin 14 Disember, The International Muslim Academy of Science dibawah Organisation of Islamic Conference (OIC) telah bersidang di Shah Alam. Ramai saintis Islam dari seluruh dunia mengambil bahagian.

2. Pada 15-16 Disember satu konvensyen dianjur oleh Ramadhan Foundation United Kingdom dibantu oleh Perdana Leadership Foundation untuk membincang “Muslim Unity” (Perpaduan Islam). Ramai ulama dan imam-imam dari 20 negara Islam dan bukan Islam telah hadir.

3. Ulama-ulama ini terdiri daripada pelbagai mazhab termasuklah dari puak Sunni, Syiah, Wahabi. Terdapat juga wakil dari China dan Jepun.

4. Walaupun fahaman Islam mereka berbeza tetapi mereka menunjukkan persaudaraan Islam semasa bersidang dan di luar persidangan.

5. Dalam ucapan-ucapan mereka tekanan diberi kepada persaudaraan dan persahabatan. Perbezaan tafsir dan pendapat, tegas mereka, tidak harus memisahkan orang Islam daripada orang Islam lain.

6. Wakil Arab Saudi berkata pakaian tidak menentukan ke-Islaman. Pakaian Arab adalah kerana budaya Arab dan bukan kerana Islam. Pakaian hijab juga berbeza. Yang utama ialah anutan agama Islam.

7. Ini disokong oleh seorang imam besar Syiah yang mengetuai lebih 500,000 orang Islam di Dearborn, Michigan, Amerika Syarikat.

8. Mereka tidak berhajat untuk menukar kepercayaan dan tafsiran Islam yang berlainan antara mereka. Sebaliknya mereka ingin utamakan persamaan antara mereka sebagai orang Islam.

9. Semua mengutuk perbuatan bunuh-membunuh antara orang Islam di negara-negara tertentu kerana kelainan fahaman dan mazhab.

10. Konvensyen perpaduan yang pertama diadakan di United Kingdom dengan kehadiran ramai ulama-ulama dari negara-negara Islam dan bukan Islam yang mempunyai penduduk Islam yang ramai.

11. Ramadhan Foundation telah pilih Malaysia untuk yang kedua kerana ramai ulama dan orang Islam diseluruh dunia berpendapat Malaysia adalah contoh pembangunan agama dan negara mengikut ajaran Islam. Saya percaya ramai di Malaysia tidak dapat bersetuju. Tetapi inilah yang diperkatakan oleh mereka.

12. Sebagai tuan rumah saya diberi peluang untuk buat ucaptama di kedua-dua persidangan berkenaan tajuk-tajuk yang dibincang.

13. Kehadiran lebih 500 orang termasuk rakyat Malaysia pelbagai agama tidak bergerak. Mereka menuruti perbincangan selama dua hari itu dengan penuh khusyuk.

14. Pada malam akhir tiga buah badan perniagaan dan institusi pelajaran swasta, dua daripadanya bukan Islam telah hulur derma sebanyak RM11,500,000. kepada tabung pelajaran anjuran Ramadhan Foundation. Ahamdulillah.

15. Laporan ini saya buat kerana tidak banyak “coverage” daripada media tempatan.

16. Senarai penceramah yang hari pada persidangan Muslim Unity adalah seperti berikut;

1. Dr. Bachir Soualhi – Chairman, International Promotion & Collaboration, University Islam Antarabangsa, Malaysia

2. Shaykh Ahmad Hussain Darwish – Hadith Scholar, Egypt

3. Shaykh Dr. Abdul Munim Al-Ghumari – Senior Hadith Scholar, Tangier, Morocco

4. Dr. Robert Farook Dickson Crane – Former Adviser to President Nixon, USA

5. Shaykh Dr. Muhammad Ali – Senior Hadith Scholar, Tangier, Morocco

6. Mr. Afzal Abdul Rahim – CEO of TIME dotCom Berhad, Malaysia

7. Mr. Mohammed Khan – Director of USA Operations for 2nd IMUC 2009, USA

8. Imam Sayid Hasan Al-Qazwini -Senior Shia Scholar, Iraq/USA

9. Syakh Ahmad Nisar Baig Qadiri – Vice Chairman British Muslim Forum, UK

10. Syakh Salman Al-Oudah – Founder of Islam Today Network and Islamic Scholar, Saudi Arabia

11. Dr. Wang Yong Bao Musa Ahmed – Muslim Scholar from China

12. Shaykh Muhammad al Yazdani – Co-Founder of Abu Hanifah Institute, UK

13. Mohammed Shafiq – Chief Executive, Ramadhan Foundation

14. Shaykh Abdur Rahman Weld Al Hajj – Renowned Scholar, Mauritania

15. Muhammad Umar – Chairman, Ramadhan Foundation

16. Shaykh Muhammad Abul Huda Al-Yacoubi – Lecturer, Grand Omayyad Mosque, Damascus, Syria

17. Dr. Naji Rashid Al Arabi – Professor of Arabic and Islamic Studies, University of Bahrain

18. Prof. Abdul Ghafar Ismail – AmBank Group Resident Fellow for PLF, Malaysia

19. HE Dr. Abdur Rahman Al Jarrar – Senior Scholar Ministry of Islamic Affairs & Awqaf, UAE

20. Prof. Dr. Zulaiha Ismail – Trustee, KL Foundation to Criminalise War, Malaysia

21. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin – Deputy Director General, Institut Kefahaman Islam Malaysia

22. Dr. Mahmood Chalabi – Activist, Syria

23. HE Dr. Shaykh Abdullah bin Bayyah – Former Minister of Justice of Mauritania and Renowned Scholar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019