Thursday, June 15, 2023

BOSAN DENGAN POLITIK

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Sebelum PRU15 terdengar berita angin bahawa orang Melayu sudah bosan dengan politik.

2. Benarkah?

3. Dalam PRU15, 75% sahaja dari pengundi Melayu keluar mengundi. Apakah ini bermakna 25% Melayu bosan?

4. Tetapi 95% dari orang Cina keluar mengundi. Apakah ini bermakna orang Cina tidak bosan dengan politik di Malaysia? Apakah ini bermakna mereka berminat dengan politik. Mengapa?

5. Apa kesannya?

6. Pada PRU 14 DAP dapat 42 kerusi Dewan Rakyat. Tak pernah jumlah yang begini besar.

7. Sebab – Pengundi Melayu dari parti Bersatu, yang benci dengan Najib, beri undi kepada DAP.

8. Pada PRU15 Bersatu tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan (PH). Sudah tentu DAP tidak dapat undi Melayu.

9. Tetapi DAP menang 40 kerusi Dewan Rakyat.

10. Sebab? Kerana 95% orang Cina keluar undi.

11. Orang Cina tidak bosan. Hasilnya Pakatan Harapan yang lebih ramai bukan Melayu memperolehi 82 wakil rakyat.

12. Sementara orang Melayu yang jadi majoriti penduduk di Malaysia dapat hanya 73 wakil rakyat (tidak termasuk Melayu Keadilan, Amanah dan DAP).

13. Hari ini parti yang terbesar dalam Kerajaan ialah DAP.

14. Tentulah pengaruh DAP dalam Kerajaan Unity amat kuat.



Monday, June 12, 2023

TANAH MELAYU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Jika kita teliti sejarah orang Melayu, kita terpaksa akui bahawa sepanjang zaman tanah air orang Melayu merosot kawasannya.

2. Demikian apabila British mengada perjanjian dengan Siam di Bangkok pada tahun 1909, empat buah negeri Melayu, iaitu Patani, Singgora, Menara dan Yala di selatan Siam, diserah kepada Siam.

3. Pihak British mendakwa bahawa Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diletak di bawah naungan British.

4. Perjanjian ini dibuat oleh British tanpa rundingan dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri berkenaan. Tidak ada laporan berkenaan pandangan Raja-Raja Melayu terhadap perjanjian ini.

5. Maka terhilanglah sebahagian dari Tanah Melayu.

6. Di selatan pula terdapat Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian dari negeri Johor. Apabila Belanda menyerang dan menjajah kepulauan yang sekarang dikenali sebagai Indonesia, mereka menawan juga Kepulauan Riau.

7. Johor tidak membantah kerana Belanda terlalu kuat. Maka kepulauan Riau menjadi wilayah Indonesia apabila negara itu merdeka dan semua wilayah yang ditawan oleh Belanda diiktiraf sebagai sebahagian dari Indonesia.

8. Maka terhilanglah Kepulauan Riau sebagai sebahagian dari Tanah Melayu.

9. Pada 1819 British membeli pulau Singapura atau Temasek dari Temenggung Johor, dengan harga dolar Sepanyol sebanyak 60,000. Menjadi amalan biasa apabila kuasa Eropah menamatkan penaklukan wilayah takluk mereka selepas perang dunia kedua wilayah berkenaan dikembalikan kepada negara asalnya. Dengan perkataan lain Singapura hendaklah dikembali kepada Johor, satu daripada negeri Tanah Melayu.

10. Semasa British menjajah Singapura, ramai orang bangsa Cina dan India diterima masuk sebagai pemastautin tetap. Akhirnya hampir seluruh pulau Singapura diduduki dan dimiliki oleh orang Cina.

11. Pentadbiran kolonial British akui bahawa Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Seperti yang disebut di atas apabila penaklukan British tamat, wilayah yang dijajah oleh mereka, diserah balik kepada negara asal wilayah berkenaan.

12. Itulah niat British dan itulah juga kehendak Malaysia. Oleh itu apabila penjajahan tamat, Singapura kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.

13. Malangnya penduduk Cina Singapura menimbulkan masalah politik dalam negara Malaysia yang baru didirikan. Mereka tidak bersetuju dengan syarat-syarat kemerdekaan Malaysia, iaitu keistimewaan bagi penduduk asal Tanah Melayu, iaitu orang Melayu. Mereka tuntut hak sama rata dengan orang Melayu.

14. Berhadapan dengan masalah ini, pemerintah Malaysia yang merdeka memutus untuk pisahkan Singapura dari Malaysia dan mengiktiraf Singapura sebagai negara bebas.

15. Dengan itu hilanglah sebahagian lagi dari Tanah Melayu. Semua kehilangan kawasan Tanah Melayu berlaku tanpa apa-apa bantahan oleh orang Melayu atau raja-raja mereka.

16. Sekarang Tanah Melayu sudah jadi amat kecil. Ia terhad kepada semenanjung ini sahaja. Negeri-negeri yang masih ada ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

17. Wilayah yang dahulu ditakluk oleh British iaitu Melaka dan Pulau Pinang kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.

18. Ini sahajalah yang tinggal sebagai Tanah Melayu sekarang. Tetapi walaupun masih dikenali sebagai Tanah Melayu, sebenarnya tidak banyak lagi tanah Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu.

19. Sebabnya di zaman British terutamanya, ramai orang asing berhijrah ke Tanah Melayu. Orang Melayu tidak bantah walaupun pada satu masa jumlah orang asing lebih ramai dari orang Melayu. Mereka yang datang dari negara China dan India, meringankan beban orang Melayu kerana mereka bersedia membuat kerja-kerja yang berat, kotor dan merbahaya yang tidak sanggup dibuat oleh orang Melayu sendiri.

20. Pendatang asing ini juga mengadakan perniagaan dan perusahaan yang memperkayakan Tanah Melayu. Tumpuan orang Melayu ialah kepada jawatan bergaji Kerajaan. Jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan dipegang oleh orang Melayu.

21. Setelah pendatang asing tinggal lama di Tanah Melayu maka mereka pun diberi kerakyatan. Sebagai rakyat Tanah Melayu kuasa politik pun diperolehi oleh mereka.

22. Tetapi orang asing ini tidak dapat taraf kerakyatan sama rata dengan orang Melayu kerana mereka kekalkan kaitan mereka dengan negara asal mereka. Namun mereka menguasai ekonomi dan kekayaan yang dapat mempengaruhi politik negara.

23. Di Tanah Melayu tidak ada sekatan terhadap siapa sahaja dalam pemilikan tanah. Setelah menjadi kaya banyaklah tanah yang dibeli oleh puak pendatang dan keturunan mereka.

24. Menjual tanah menjadi punca pendapatan orang Melayu. Tanah, jika tidak dijual akan kekal selama-lamanya. Tetapi jika dijual, duit yang didapati tidak kekal. Duit akan habis apabila dibelanja.


Thursday, June 8, 2023

INTERROGATION

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. On 2nd June 2023 I was interrogated by the police over two statements I had made.

2. The first was on the history Kedah and the lessons we could learn from it.

3. The second was about the Proclamation or Proklamasi Orang Melayu.

4. It would seem that I was disrespectful of the rulers by talking about the history of the Malays and that the proclamation was meant to overthrow the present Government.

5. My answers to the many questions I was asked were simple. If charged in court (open court) I would answer.

6. But I must admit that I felt my freedom of speech is not part of the reforms promised. In Tanah Melayu with a Malay heading the Government, Malays must not talk about their problems. It is racist.

7. Yet the Constitution of the country makes frequent reference to the Malays and their position in this country as the indigenous people.

8. Democracy provided for the overthrow of the Government through elections or through a vote of non-confidence.

9. As to history, the law does not ban it. Only if we promote fake stories for whatever purpose that is wrong.

10. But telling the truth about the past is not a crime. As George Santayana -said, “those who forget the lessons of history are condemned to repeat their mistakes over and over again”.

11. If what I say is wrong, prove it. If not sending the police to question me is a form of threat.



Wednesday, June 7, 2023

OPR DAN RINGGIT

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Ramai yang datang jumpa saya yang menyata kebimbangan berkenaan kedudukan ringgit yang terus merudum berbanding dolar Amerika.

2. Saya kata Kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana ia menyebab keresahan dikalangan peniaga dan juga ibu-bapa yang anak mereka belajar di luar Negara.

3. Di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menyeru pembangkang untuk menyokong keputusan Kerajaan menaik OPR (Overnight Policy Rate) atau kadar dasar semalaman kerana ia membantu mengukuh ringgit.

4. Di masa yang sama kenaikan OPR mengakibat pinjaman orang ramai kepada bank-bank juga meningkat.

5. Kata Datuk Seri Anwar dolar Singapura mengukuh selepas republik itu menaik OPR.

6. Ada pihak telah pertikai kenyataan Datuk Seri Anwar kerana Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

7. Seingat saya memang Singapura tidak ada OPR. Ia ada SORA – Singapore Overnight Rate Average. Pendekatan SORA Singapura dan OPR Malaysia berbeza.

8. Saya selidik, termasuk menerusi ChatGPT yang menjadi trend masa kini, dan hasilnya semacam. Ia bukan satu perbandingan yang sama – “bukan apple to apple comparison”.

9. Sama ada jawapan Anwar boleh dianggap menipu atau mengelirukan Dewan Rakyat terserah kepada ahli-ahli Parlimen menentukan.

10. Sebelum jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar marah Tengku Zafrul, Menteri Kewangan ketika itu dan menyindir sama ada Tengku Zafrul bekerja untuk bank atau rakyat apabila menaikkan OPR.

11. Jadi Datuk Seri Anwar bekerja untuk bank atau rakyat sekarang ini?

12. Cara Kerajaan tangani ringgit yang melemah dan jawapan serta pandangan Datuk Seri Anwar berkaitannya sebelum dan selepas jadi Perdana Menteri tidak memberi keyakinan sama-sekali.



Tuesday, June 6, 2023

PULAU PINANG

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. I do not want to be involved in the controversy over Penang. But suggesting that Sanusi, the MB of Kedah is committing a crime for giving his views of the history of that island is too much.

2. Historically the Sultan of Kedah agreed for the British East India Company to take over the island on payment of 6000 Spanish dollars a year. Later a strip of the mainland opposite was added for 4000 Spanish dollars a year.

3. In addition the agreement required the British company to help in the defence of Kedah if attacked by foreign countries. We know that the British failed to honour their words.

4. The agreement with regard to the ceding of Singapore was different. It was clearly a straight forward sale. The British made a one time payment of 60,000 Spanish dollars to the Temenggong.

5. It is worthwhile noting that Sultan Ali, the Sultan at that time did not sign. He was awarded a house in Kampung Gelam in Singapore. This generosity was not accompanied by British recognition of Ali as the Sultan.

6. The difference between the Penang deal and the Singapore deal is obvious.

7. I will not say anything about what happened to these two territories of Malaya except to admit that I persuaded Guan Eng as Minister of Finance to give more than RM10,000 to Kedah every year.

8. I am not asking anyone to believe me.

9. So you can take this story with a dollop of salt.


Friday, June 2, 2023

AKHLAK

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Tiap bangsa yang bertamadun mempunyai susunan tata tertib yang mencerminkan nilai hidup yang dipegang dan diamal bangsa berkenaan.

2. Buat beberapa kurun dunia anggap akhlak dan budaya orang Eropah sebagai yang terbaik. Oleh itu ramai masyarakat dunia meniru pakaian dan adat resam orang barat.

3. Sampai sekarang pun pakaian kot, tali leher dan seluar panjang dijadikan pakaian kebanyakan orang ramai di merata tempat.

4. Demikian juga nilai hidup atau budaya orang Eropah ditiru dan diamal dalam kehidupan manusia. Demikianlah sehingga orang Barat anggap budaya mereka adalah budaya dunia, (universal). Mereka anggap orang Asia tidak ada budaya tersendiri.

5. Tetapi sekarang kita sedang lihat budaya barat runtuh dan merosot.

6. Pakaian orang Barat sekarang tidak senonoh. Seluar pendek dan carik dipakai oleh muda mudi sehingga terdedah aurat tanpa segan silu.

7. Institusi perkahwinan dan berkeluarga (family) tidak lagi diamal, terutama dikalangan orang muda. Mereka mengadakan hubungan seks dengan siapa sahaja. Anak yang dilahir tidak lagi menjadi anak haram. Dengan bangganya mereka akui mereka adalah anak diluar nikah. Siapa yang menjadi bapa tidak dihirau.

8. Ada kala anak diluar nikah ini hidup bersama seolah-olah satu kelamin.

9. Tuntutan kesamaan (equality) antara wanita dan lelaki sudah sampai ke tahap cara hidup lelaki dan perempuan tidak lagi berbeza, walaupun dalam perlakuan maksiat. Jika lelaki boleh buat kenapa tidak wanita.

10. Akhirnya perkahwinan dan kekeluargaan boleh didiri antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Sebelum pun amalan ini dilaku masyarakat menerima liwat sebagai perkara biasa, tidak haram lagi dan dihalalkan oleh agama mereka.

11. Semua amalan-amalan ini bermula dalam masyarakat termasuk agama mereka. Tetapi semua amalan ganjil dan haram ini direstu oleh Kerajaan-Kerajaan mereka. Undang-undang lama dimansuhkan dan diganti dengan undang-undang baru. Undang-undang perceraian antara pasangan lelaki atau pasangan perempuan disediakan.

12. Semua amalan haram ini diamal secara terbuka di negara Barat.

13. Masalahnya Barat berpendapat semua amalan haram yang sudah dihalal oleh mereka hendaklah diamal oleh semua negara dan bangsa di dunia.

14. Secara terbuka mereka mempromosi budaya songsang mereka melalui filem dan konsert.

15. Mereka mengambil warna pelangi sebagai bendera mereka. Melalui berbagai acara dan produk, warna pelangi diguna untuk bukti penerimaan LGBT oleh mereka.

16. Dahulu kita semua sering meniru budaya dan akhlak Barat.

17. Hari ini budaya Barat sudah runtuh. Yang haram sudah dihalal oleh mereka.

18. Dunia tidak perlu tiru Barat, selain dari budaya lama mereka yang tidak menidakkan nilai hidup dan budaya kita.

19. Kita tidak harus keterlaluan. Tetapi pilihlah yang jernih dan buanglah yang kotor.

20. Janganlah terlalu taksub dengan Barat sehingga kita perhambakan diri kita.

21. Bagi orang Islam pegang kuatlah kepada cara hidup Islam atau Addeen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019