Tuesday, July 8, 2008

Snippets – Gula-Gula

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Pentadbiran negara Malaysia disusun mengikut cara-cara yang telah ditentukan oleh Peraturan-Peraturan Umum (General Orders) dan tata-tertib yang perlu dituruti dalam segala urusan Kerajaan. Tidak ada kebebasan kepada sesiapa untuk membuat sesuka hati mereka walau apa pun jawatan yang dipegang.

2. Perbelanjaan Kerajaan perlu mengikuti proses-proses tertentu (Financial General Orders). Pembangunan dibiayai oleh peruntukan wang dalam perancangan dan anggaran dalam Rancangan Lima Tahun dan belanjawan tiap-tiap tahun.

3. Sekarang kita lihat duit Kerajaan dibelanja sebagai gula-gula untuk mengatasi masalah politik Perdana Menteri.

4. Kerana perasaan tidak puas hati orang Sabah dan Sarawak dengan agihan jawatan Menteri dalam Kabinet. Perdana Menteri dalam lawatannya ke negeri-negeri ini telah tabur duit berbilion Ringgit untuk projek-projek yang tidak ada dalam Rancangan Malaysia Ke-sembilan dan bajet bagi tahun ini atau tahun lain.

5. Wang Kerajaan diurus seolah-oleh duit sendiri. Dahulu Kerajaan mengagih peruntukan dalam bajet mengikut cara-cara yang tertakluk kepada peraturan-peraturan. Memang ada kawasan yang dapat lebih dan yang dapat kurang. Tetapi Kerajaan tidak pernah dan tidak boleh dengan tiba-tiba mengadakan wang dan menabur wang ini sesuka hati Perdana Menteri tanpa kajian, perancangan dan kelulusan oleh badan-badan yang bertanggungjawab, termasuk Jemaah Menteri.

6. Jika kita beri duit untuk dapat sokongan, iaitu undi, ini dianggap rasuah, apakah apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri bukan rasuah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pendaftaran Keahlian PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Deklarasi Rakyat - Citizens Declaration
Part 2/3 Majlis Bicara Negara Bersama Tun M di Hotel Tower Regency, Ipoh

Tun M diserbu rakyat tadi di Suria KLCC

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, March 13, 2016