Thursday, July 31, 2008

PULAU BATU PUTIH AND TERRITORIAL WATERS

blogtunm.blogspot.com Tun M 
(Versi Bahasa Malaysia di akhir artikel ini)

1. We had expected the International Court of Justice to declare that Pulau Batu Putih is ours, together with South Ledge and Middle Rocks

2. But the decision of the Court left me flabbergasted. On the one hand Pulau Batu Putih which is nearer Malaysia and very much farther from Singapore is awarded to Singapore while the two rocks which are part of the same shoal and further away from Malaysia than Pulau Batu Putih are awarded to Malaysia. 

3. No decision was made as to the marine boundary. It must be assumed that the shoals are in Malaysian territorial waters, since the decision to give Pulau Batu Putih to Singapore is based on some obscure letter written by a minor Johor official while under British rule to a British official in Singapore. Rightly it should have been sanctioned and written under the authority of the Sultan in Council. 

4. In any case the sea between Pulau Batu Putih and the two rocks had not been raised by Singapore at the International Court. Its claim was only on Pulau Batu Putih and the Court had awarded the “Pulau” to Singapore. The sea is a different matter. 

5. The claim by Singapore that the sea belongs to Singapore is simply because the present Malaysian Government has always been ready to entertain any claim by Singapore no matter how ridiculous it may be. Thus the Malaysian Government has agreed that it has no right to touch the Causeway even on its side of the Strait of Tebrau unless it obtains the permission of the Singapore Government. 

6. The first reaction against Singapore’s new claim came from the Malaysian Foreign Minister. There is no certainty that the Prime Minister might not reverse the stand taken by his Foreign Minister. 

7. We have seen this before. When the Deputy Prime Minister said publicly that we would go ahead with the scenic bridge, he was made to look silly a few days later when the Prime Minister said we will not build the bridge at all, neither straight nor crooked. 

8. To emphasise his ever-willing submission to Singapore, the Prime Minister ordered the Foreign Minister to inform the Minister Mentor of Singapore that Malaysia will not build any bridge. Why we have to inform Singapore about our decision is something I just cannot understand. 

9. In the South China Sea we built an island out of Terumbu (reef) Layang Layang. From the picture I see of the two rocks retained by us, it is entirely possible for them to be reclaimed and joined together. We could then have a proper island there just as Singapore had built up Pulau Batu Putih to accommodate security personnel. 

10. There is nothing in any agreement with Singapore or in the decision of the International Court to prevent us from doing this. The decision is entirely ours to make. 

11. I will not make a guess as to what will happen. 


***** 

PULAU BATU PUTIH DAN KAWASAN PERAIRAN 

1. Kita menjangkakan yang Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan mengisytiharkan Pulau Batu Putih sebagai hak kita, termasuk South Ledge dan Middle Rocks

2. Tetapi keputusan Mahkamah tersebut mengejutkan saya. Pulau Batu Putih yang lebih hampir pada Malaysia tetapi amat jauh dari Singapura diserahkan kepada Singapura manakala dua tunggul batu yang merupakan sebahagian daripada terumbu yang sama tetapi lebih jauh daripada Malaysia jika dibandingkan Pulau Batu Putih diserahkan kepada Malaysia

3. Tiada keputusan dibuat tentang persempadanan perairan. Tetapi kita boleh anggap yang terumbu tersebut berada di dalam perairan Malaysia kerana keputusan untuk serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura didasarkan kepada satu surat yang ditulis pegawai rendah Johor semasa di bawah jajahan British kepada pegawai British di Singapura. Sepatutnya ianya hendaklah dititah dan ditulis di bawah kuasa Sultan

4. Apa pun soal perairan di antara Pulau Batu Putih dan batu-batu tersebut tidak dibangkitkan Singapura di Mahkamah Antarabangsa. Tuntutannya hanyalah ke atas Pulau Batu Putih dan Mahkamah telahpun menyerahkan “Pulau” ini kepada Singapura. Perairan merupakan hal lain sama sekali. 

5. Dakwaan Singapura bahawa perairan sekeliling adalah haknya ialah kerana Kerajaan Malaysia sekarang sentiasa bersedia untuk melayan apa sahaja tuntutan Singapura walaupun ianya tidak masuk akal sama sekali. Demikian Kerajaan Malaysia telah putuskan yang ianya tidak mempunyai hak untuk menyentuh tambak Johor walaupun di kawasan sebelahnya di Selat Tebrau kecuali terlebih dahulu mendapat kelulusan Kerajaan Singapura. 

6. Reaksi pertama berkenaan tuntutan Singapura yang baru ini datang daripada Menteri Luar Malaysia. Tidak ada kepastian yang Perdana Menteri tidak akan mematah balik pendirian yang telah diambil Menteri Luarnya. 

7. Ini pernah berlaku. Apabila Timbalan Perdana Menteri umum kita akan teruskan pembinaan jambatan indah (bengkok), beliau telah diperbodohkan bila selang beberapa hari Perdana Menteri berkata yang kita tidak akan bina langsung jambatan samada bengkok mahupun lurus. 

8. Untuk menekankan lagi kesediaannya untuk tunduk kepada Singapura, Perdana Menteri telah arahkan Menteri Luar untuk memaklumkan Menteri Mentor Singapura bahawa Malaysia tidak akan bina apa-apa jambatan. Kenapa kita harus maklumkan kepada Singapura tentang keputusan kita dalam Negara kita adalah sesuatu yang saya tidak dapat faham. 

9. Di Laut China Selatan kita telah bina sebuah pulau daripada bahan Terumbu Layang-Layang. Apa yang saya lihat daripada gambar batu-batu yang diserah kepada kita, ianya boleh ditambak dan disatukan. Kita boleh adakan sebuah pulau yang sempurna sebagaimana Singapura membina Pulau Batu Putih untuk menempatkan pasukan keselamatan. 

10. Tidak ada apa-apa di dalam perjanjian dengan Singapura mahupun di dalam keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menghindarkan kita daripada membuat tebusguna ini. Keputusan terletak atas bahu kita semata-mata. 

11. Saya tak akan cuba meneka apa yang akan diputuskan (oleh Kerajaan kita).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019