Tuesday, July 18, 2023

3 R

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Rakyat diberitahu tajuk 3R (Race, Religion and Royalty) tidak boleh disentuh.

2. Jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuh“race” atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan “multiracial” juga menyentuh “race”.

3. Kenapakah berbilang bangsa atau kaum(race) boleh disentuh tetapi satu bangsa (Melayu) tidak boleh disentuh.

4. Kemudian agama.

5. Kita tidak boleh bincang masalah agama.

6. Tetapi kita boleh bercakap berkenaan “secularism”.

7. “Secularism” bermakna tidak boleh ada agama rasmi. Ini bermakna kita bercakap berkenaan agama rasmi.

8. Kenapa menolak agama rasmi boleh disentuh tetapi mengekal agama rasmi tidak boleh disentuh.

9. Akhir sekali soal institusi raja.

10. Raja seperti rakyat, tertakluk kepada undang-undang. Sebuah mahkamah diadakan untuk raja.

11. Bermakna jika raja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang tindakan boleh diambil.

12. Perundangan ini diadakan kerana kes tertentu.

13. Jikalau kes-kes yang sama berlaku atau kes yang lebih buruk berlaku, dan dakwaan tidak boleh dibuat maka raja akan jadi raja yang berkuasa mutlak.

14. Sebaliknya Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai raja berperlembagaan.

15. Apakah kita sudah gugur sistem raja berperlembagaan kepada raja berkuasa mutlak.

16. Menghalang perbincangan berkenaan tiga perkara ini menidakkan kebebasan bersuara.

17. Ia amat serius.

18. Jika ia hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.

19. Jika ini tidak dilakukan, Kerajaan mungkin didakwa kerana melaku sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019