Saturday, July 8, 2023

NEGARA MELAYU

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Kata Ramkarpal Singh dakwaan saya bahawa mempromosi Malaysia sebagai negara berbilang bangsa tidak menepati Perlembagaan adalah salah.

2. Dari segi kebebasan bersuara demokratik memang tidak salah.

3. Tetapi Perlembagaan Malaysia tidak mendakwa bahawa Malaysia adalah negara multiracial.

4. Dengan bahasa Kebangsaan, adat istiadat, dan dengan beraja Melayu, Perlembagaan mengesahkan bahawa negara ini adalah negara Melayu.

5. Dengan menerima warganegara dari bangsa lain tidak menjadikan Malaysia negara berbilang kaum.

6. Lihat keadaan di UK, US dan Australia, walaupun ramai bangsa lain menjadi warganegara tetapi negara-negara ini tidak menjadi negara berbilang bangsa. Mereka masih kekal sebagai UK, US dan Australia. Bangsa mereka masih British, American atau Australianbukan British Indian, German American atau Malayan Australian.

7. Pemberian perlindungan undang-undang kepada orang asing yang diberi kerakyatan adalah perkara biasa. Ia tidak jadi negara sebagai negara berbilang bangsa.

8. Perlembagaan adalah undang-undang pengasas yang perlu dihormati.

9. Tetapi Perlembagaan boleh dipinda jika 2/3 dari ahli Dewan Parlimen bersetuju. Jika persetujuan dicapai Malaysia boleh ditukar menjadi negara berbilang kaum.

10. Maka ianya berasal dari negara Melayu akan hilang.

11. Kalau orang Melayu hendak hapuskan keMelayuan negara ini, sokong sahajalah tafsiran negara ini negara berbilang kaum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019