Tuesday, July 4, 2023

APA DIANYA MULTIRACIALISM, NEGARA BERBAGAI KAUM

blogtunm.blogspot.com Tun M 
1. Tidak pernah terjadi pendatang asing atau keturunan mereka yang diberi suaka disesuatu negara menuntut supaya negara yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara kaum pendatang, iaitu negara berbilang kaum.

2. Itulah maksud Malaysian Malaysia. Negara Melayu hendaklah ditukar menjadi negara berbilang kaum Malaysian Malaysia. Tanah Melayu dihapuskan dan diganti dengan negara berbilang kaum Malaysian Malaysia.

3. Percubaan ini diperkenal kali pertama oleh Malayan Union British. Ia ditolak. Tetapi parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew mencadang Malaysian Malaysia juga dengan tujuan yang sama. Ia ditolak dalam PRU 1964.

4. Sekarang DAP dengan disokong oleh Parti Keadilan dan Amanah sekali lagi memperkenal matlamat yang sama iaitu Malaysia bukan negara yang asalnya tanah Melayu tetapi Malaysia adalah negara berbilang bangsa.

5. Dalam negara berbilang kaum tidak ada taraf yang berlainan antara orang Melayu sebagai indigenous (pemastautin asal) dengan pendatang asing dan keturunan mereka. Dengan ini semua kaum mempunyai taraf sama.

6. Sejak sebelum merdeka jentera pentadbiran, polis dan tentera dipimpin dan dipenuhi dengan orang Melayu.

7. Sebagai negara berbilang bangsa pentadbiran kerajaan, polis dan tentera tentulah dipimpin dan dipenuhi dengan berbagai kaum.

8. Dimasa yang sama bidang ekonomi (perniagaan dan perusahaan) akan kekal sebagai bidang yang orang Melayu tidak mendapat tempat.

9. Terpulanglah kepada orang Melayu memikir samada keadaan dalam negara berbilang kaum ini menguntung orang Melayu atau tidak.

10. Pihak Proklamasi Orang Melayu bukanlah berhajat untuk rampas hak dan milik orang lain. Pihak Proklamasi hanya ingin mendapat keadilan – iaitu pengiktirafan Semenanjung ini sebagai Tanah Melayu, menerima pendatang dan keturunan mereka sebagai bangsa yang diserap seperti orang keturunan Arab, India, Pakistan, Indonesia dan lain-lain diserap menjadi bangsa Melayu. Menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

11. Bagi pendatang dan keturunan mereka yang ingin kekal identiti mereka dengan negara asal mereka layanan terhadap mereka tentulah berbeza dengan layanan terhadap penduduk asal serta mereka yang menerima penuh bahasa dan budaya kebangsaan.

12. Perlembagaan Malaysia menyetujui bahawa agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Agama-agama lain boleh dianuti oleh pengikut agama asal mereka.

13. Tetapi desakan dibuat supaya Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara Islam. Malaysia hendaklah dijadikan negara sekular iaitu negara yang tidak ada agama rasmi iaitu tidak Islam.

14. Semua ini akan berlaku semasa tanah orang Melayu terjual kepada kaum lain. Rata-rata orang Melayu miskin. Mereka menjual tanah milik mereka kepada orang yang kaya yang hampir semua terdiri dari keturunan kaum pendatang.

15. Dimasa yang sama semua estet besar milik penjajah sudah dibeli oleh orang yang kaya. Estet yang dimiliki oleh Kerajaan dari lain-lain tanah Kerajaan juga dijual kepada pihak yang kaya yang hampir kesemuanya bukan Melayu.

16. Akhirnya pemerintah Malaysia juga tidak dapat dipengaruhi oleh orang Melayu. Kita sedang lihat didalam wilayah yang sudah tidak lagi dikuasai oleh orang Melayu nasib orang Melayu amatlah buruk. Biasiswa untuk pelajaran tinggi hampir tidak ada bagi orang Melayu. Bahasa Melayu, walaupun diiktiraf sebagai bahasa rasmi tidak diguna sama sekali. Sebahagian anak Melayu pun tidak lagi faham Bahasa Melayu.

17. Ramai dari orang Melayu yang melihat negara berbilang kaum sebagai agihan sama rata antara semua kaum dalam bidang politik sahaja. Mereka tidak terfikir berkenaan perubahan-perubahan lain.

18. Rencana ini bukan bertujuan menakutkan orang Melayu terhadap desakan supaya Malaysia menjadi negara berbilang bangsa.

19. Kita sudah lihat dan boleh teliti apa yang sudah jadi kepada wilayah tanah Melayu yang sekarang dimiliki oleh bukan Melayu.

20. Lihat dan ambil iktibar.

21. Mereka yang tidak hendak lihat akan jadi mangsa yang sudah pupus.

22. Kata Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia.

23. Tetapi Melayu sudah hilang banyak wilayah. Aliran sekarang menunjuk Melayu tidak akan kekal sebagai satu bangsa.

24. Melayu akan hilang negara mereka dan akan hilang di dunia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tun Dr Mahathir Mohamad speech at United Nations General Assembly


Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 73rd session of the United Nations General Assembly 2018
Turkey President Tayyip Edrogan speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019
Dr Mahathir Mohamad speech at the general debate of the 74rd session of the United Nations General Assembly 2019